Sunday, January 17, 2010

Minyatul Musoli - Muka surat 3

dan demikianlah selama-lamanya - maka dengan demikian itulah suruh Allah s.w.t akan segala hambanya yang mukmin di dalam kitabnya dan dengan dia memperikan sifat mereka itu maka firman peliharakan oleh kamu hai orang yang mukmin atas sembahyang yang lima waktu dan memeliharakan sembahyang wusta dan berdiri kamu bagi Allah s.w.t mengerjakan kamu akan taat - maka dikehendaki dengan selawat itu iaitu sembahyang fardu yang lima waktu iaitu zohor dan asar dan maghrib dan isyak dan subuh - maka demikian itu ialah sembahyang yang tiada diluluskan akan seorang daripada orang Islam meninggalkan satu daripadanya pada satu kelakuan daripada segala kelakuan selama ada ia berakal dan jikalau sampailah lemahnya barang yang sampai dan sakitnya kepada sehingga-hingga sampainya sekalipun tiada diuzurkan meninggalkan dia - dan dikehendaki dengan solatul wusta iaitu sembahyang asar - adapun sebab ditentukan dengan menyebut akan dia kerana kelebihannya dan mulianya atas yang lainnya - dan adalah sebab diturunkan itu kerana memudahkan sembahyang tatakala takut bahawanya adalah orang Islam serta Rasulullah s.a.w pada setengah peperangan sembahyang Rasulullah s.a.w sembahyang zohor atas jalan adatnya dah adalah musrikun hampir dengan mereka itu melihat ia akan muslimin - maka manakala selesai mereka itu daripada sembahyang kata setengah daripada musyrikin jikalau kamu gerempak atas mereka itu di dalam sembahyang mereka itu nescaya mengena kamu akan mereka itu - maka berkata setengah yang lainnya bahawasanya bagi mereka itu kemudian daripada sembahyang ini terlebih kasih kepada mereka itu daripada bapa mereka itu dan anak-anaknya - yakni dikehendakinya mereka itu sembahyang asar - maka turunlah Jibril a.s atas Rasulullah s.a.w dengan sembahyang syiddatul khauf - maka tilik olehmu betapa kelebihan sembahyang asar dan nyatanya hingga mengetahui segala musyrikin kelebihannya - dah lagi firman Allah s.w.t

مُنِيبِينَ إِلَيهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ المُشْرِكِينَ

kembali kamu hai segala mukminin kepada Allah dan takut akan dia dan dirikan oleh kamu akan sembahyang dan jangan ada ada kamu daripada orang yang musyrikin - maka makna 'anabah' kembali kamu kepada Allah dan 'taqwahu' itu takut akan Allah dan erti 'iqamati solah' yaitu mendatang dengan dia atas wajah yang disuruh Allah taala - dan lagi firman-Nya:

قَدْ أَفْلَحَ المُؤْمِنُونَ الَّذِينَ فِى صَلَاتِهِم خَاشِعُونَ
hingga akhir
وَالَّذِينَ هُم عَلَى صَلَوَاتِهِم يُحَافِظُونَ

sanya telah dapat kemenangan segala orang yang mukminun yaitu orang yang mukminun yaitu orang yang ada mereka itu khusyuk yakni tetap anggotanya tatakala sembahyang - hingga akhirnya firmannya - dan segala yang adalah atas sembahyang mereka itu memelihara akan dia - dan lagi firman-Nya

إِلَّا مُصَلِّينَ الَّذِينَ هُم عَلَى صَلَاتِهِم دَائِمُونَ

melainkan orang yang sembahyang yang atas mereka itu yang berkekalan memelihara akan dia - maka di 'istithna' yakni dikeluarkan mereka itu daripada bagi manusia yang dijadikan perangai mereka itu terkejut dan keluh kesah tatakala mengena mereka itu kejahatan dan apabila mengena mereka itu kebajikan ditegahkan kebajikannya daripada mengerjakan kebaikan - maka seperti bahawasa Allah s.w.t berfirman bahawasanya orang yang sembahyang atas sebenarnya tiada mereka itu daripada yang keluh kesah dan terkejut apabila menyentuh mereka itu kejahatan dan tiada memegang kebajikan baginya apabila datang kebajikan baginya tetapi ia menafkahkan atas keredhaan Allah s.w.t - dan lagi pula kerana bahawasanya sembahyang yang sebenarnya itu menegahkan daripada 'fahsya' dan 'munkar' seperti firman Allah taala:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَر

dan dirikan olehmu akan sembahyang bahawasanya sembahyang itu menegah daripada kejahatan dan pekerjaan yang munkar dan sungguhnya zikrullah itu terlebih besar

No comments:

Post a Comment