Sunday, January 24, 2010

Minyatul Musolli - Muka surat 5 - keadaan hati dalam sembahyang - kelebihan sembahyang

Kata Muhammad bin Ali Tarmizi r.a. bermula sembahyang itu 'imaduddin - dan ialah yang pertama yang difardukan dia Allah Ta'ala atas segala muslimin itu sembahyang - bermula sembahyang itu berhadap Allah Ta'ala atas segala hamba-Nya supaya berhadap segala hamba itu kepada-Nya dalam rupa kehambaan dengan keadaannya 'tazallul' yakni merendah dirinya dan 'tasliman' yakni menyerah dirinya bagi Tuhannya dan 'tabzilan' yakni hina dan 'takhaddu'an' yakni khudhu' dan 'takhassyu'an' yakni dengan khusyuk dan 'targhiban' yakni gemar dan suka dan 'tamalluqan' yakni rindu dendam - maka 'wuquf' itu yakni berdiri itu rupa 'tazallul' dan takbir itu rupa 'taslim' dan 'thanak' dan tilawah itu rupa 'tabazzul' dan ruku' itu rupa 'takhaddu' dan sujud itu rupa 'takhassyu' dan 'julus' itu berupa 'taraghub' dan 'tasyahhud' itu rupa 'tamluq' - maka berhadap segala hamba kepada Allah Ta'ala dengan sekaliannya supaya berhadap Allah s.w.t atas mereka itu dengan 'tarahum' yakni dengan kasihannya dan lembutnya dan berhadap dan diterimanya dan hampirkan kepadanya - maka tiada suatu daripada pekerjaan agama yang terlebih besar daripada ini - dan sabda Nabi s.a.w bermula sembahyang itu nur dan lagi sabdanya sentiasa Allah berhadap atas hamba dengan muka-Nya selama berkekalan ia di dalam sembahyangnya dan bahawasanya Allah s.w.t ?? mukanya kepada seorang kamu selama ada berkekalan berhadap ia atasnya dan kerana inilah adalah sembahyang sangat banyak faedahnya lagi ia membukakan bagi hati bagi orang yang kepapaan dan yang mempunyai dharuri daripada ahli 'qulub' - maka muliakan akan mereka itu tatakala mendirikan sembahyang - maka hilang pada hatinya daripada tiap-tiap yang digemarnya dan yang disukainya dan hilanglah daripada hatinya daripada itu akan segala yang dikasihnya yang lain daripada Allah s.w.t dan kerana inilah firman Allah Ta'ala:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ
suruh olehmu akan ahli kamu dengan mendirikan sembahyang dan sabar ia atasnya tiada kami pinta akan kamu rezeki kami yang memberi rezeki akan kamu - maka sebenarlah bahawa adalah tempat sejuk mata hati hamba Allah yang ?? dan dengan dia tetap mata hatinya iaitu ibarat daripada suka dan kesenangan dan sempurna nikmat dan lazat yang hasil padanya sehingga muafakat dan berjinak-jinak dengan dirinya tetapi bersalah-salahan dengan martabat kelakuan dan maqam mereka itu dengan sekira-kira ?? riwayat daripada Hasan r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda "Umpama sembahyang lima waktu itu seumpama sungai yang deras pada pintu seorang kamu lagi banyak airnya memandi ia padanya tiap-tiap hari lima kali maka apa yang tinggal atasnya daripada kotornya" - yakni bahawasanya lima waktu itu menyucikan daripada segala dosanya tiada tinggal satu dosa melainkan diampun akan dia melainkan dosa yang besar maka berkehendak ia kepada taubat - dan riwayat daripada 'Ubadah bin as-Somat sabda Nabi s.a.w "Lima waktu ini difardu Allah akan segala hamba maka barangsiapa mendatangkan dengan dia sempurna dan tiada dikurangkan haknya yang mengurangkan dia adalah baginya pada Allah janjiannya bahawa memasukkan dia ke dalam syurga dan barang siapa meninggalkan dia dengan haknya tiada ada baginya pada Allah Ta'ala itu janjiannya jika dikehendak dikasihankan dia maka jika dikehendak diseksanya" - dan lagi sabda Nabi s.a.w bahawa seorang laki-laki sungguhnya ia sembahyang dan kesalahannya dihantarkan di atas kepalanya maka tiap-tiap sujud gugur kesalahannya hingga habis dan gugur segala kesalahannya - ketahui oleh kamu hai orang yang berkehendak kemenangan setengah daripada orang yang muhafiz yakni memeliharakan bagi sembahyang dan yang mendirikan dia hendaklah ia memelihara segala syaratnya